My Komuniti..

Salam buat semua.Blog ini dibangunkan hasil daripada perkongsian maklumat dengan rakan-rakan di seluruh Malaysia dan juga luar negara.Ianya memaparkan tentang maklumat berkenaan usahawan internet,maklumat tentang komputer,perisian dan sebagainya.Apa yang dipaparkan juga merupakan pengalaman penulis sepanjang bergiat aktif dalam dunia internet bermula tahun 2005 sehingga sekarang.Anda juga dialu-alukan untuk menghantar artikel untuk tujuan rujukan sebagai maklumat terkini untuk tatapan semua.. terima kasih..

Kenapa Perlu Update Antivirus? Mac 31, 2010

Filed under: Uncategorized — myyunusasri @ 20:11

Di sini saya ingin menjawab beberapa persoalan lazim yang sering diajukan berkaitan dengan antivirus. Diharap penerangan saya ini dapat memudahkan kefahaman semua. Jika ada sebarang pertanyaan, jangan segan-segan untuk tinggalkan komen ^^

Apakah itu update?

Update dalam Bahasa Melayu bererti kemaskini.

Antivirus [masukkan nama antivirus di sini] kena update tak?

Ya. Semua jenis antivirus pun perlu update dari masa ke semasa.

Kenapa perlu update antivirus?

Setiap hari, satu jenis virus akan dihasilkan. Bagi melindungi komputer anda daripadanya, antivirus haruslah terlebih dahulu mengenali virus tersebut. Sebab itulah antivirus perlu update selalu, agar ia mengenali virus-virus terbaru.

Kata orang, tak kenal maka tak cinta. Kata antivirus, tak kenal macam mana aku nak detect virus.

Perlukah saya update antivirus setiap hari?

Tidak semestinya. Bagi sesetengah orang, untuk update antivirus setiap hari adalah melecehkan, lebih-lebih lagi jika komputer anda tidak mempunyai sambungan Internet. Cadangan saya, update antivirus anda sekurang-kurangya sebulan sekali.

Kalau antivirus saya out-of-date, dah tak boleh guna dah ke?

Antivirus anda masih boleh digunakan walaupun ianya out-of-date. Cuma ia tidak akan dapat mengesan sekiranya terdapat virus-virus baru, itu sahaja.

Bagaimana nak update antivirus?

Jika komputer anda mempunyai sambungan Internet, proses update akan dilakukan secara automatik. Jika tidak, anda boleh download update bagi antivirus di cyber cafe, kemudian letakkan pada komputer anda secara manual. Ikuti langkah-langkah ini untuk update antivirus secara manual bagi Avira, AVGFree, dan Avast .

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s