My Komuniti..

Salam buat semua.Blog ini dibangunkan hasil daripada perkongsian maklumat dengan rakan-rakan di seluruh Malaysia dan juga luar negara.Ianya memaparkan tentang maklumat berkenaan usahawan internet,maklumat tentang komputer,perisian dan sebagainya.Apa yang dipaparkan juga merupakan pengalaman penulis sepanjang bergiat aktif dalam dunia internet bermula tahun 2005 sehingga sekarang.Anda juga dialu-alukan untuk menghantar artikel untuk tujuan rujukan sebagai maklumat terkini untuk tatapan semua.. terima kasih..

Apa Itu PayPal? Mac 31, 2010

Filed under: Uncategorized — myyunusasri @ 14:03

APAKAH PAYPAL ?

PayPal adalah merupakan salah satu bentuk alat pemprosesan pembayaran secara online. Ianya dikatakan adalah merchant account yang terbesar di internet selain 2CheckOut, Worldpay, Stormpay dan sebagainya. Dalam kaedah tradisional kita menggunakan cek, wang pos, kad kredit dan seumpamanya sebagai alat pembayaran kita, maka PayPal, adalah merupakan alat pembayaran dan penerimaan bayaran secara online yang amat terkenal di internet. Jika anda seorang yang sedang merancang-rancang untuk melombong wang di internet, maka memiliki akaun PayPal bagaikan sudah menjadi satu kemestian.

Saya sendiri sebenarnya baru sahaja membuka akaun PayPal ini. Pada pemikiran saya sebelum ini saya tidak memerlukannya kerana saya tidak bercadang untuk berniaga sehingga ke peringkat global. Maklumlah, saya ni sebenarnya kurang mahir berbahasa Inggeris. Jadi untuk menjual produk sehingga ke luar negara, tentulah akan menghadapi masalah.

Walau bagai mana pun, setelah mengenali Program Affiliate seperti TheRockefellerFiles.com ini, barulah saya menyedari bahawa saya masih mempunyai peluang mencari pendapatan di internet walau pun saya tidak lancar berbahasa Inggeris. Sebelum ini saya juga telah diperkenalkan oleh teman-teman dengan pelbagai program seperti ini, namun saya membiarkan sahaja ianya berlalu kerana memikirkan saya tidak mempunyai kelayakan untuk turut serta.

Dalam kebanyakan program Affiliate, alatan untuk mempromosikan produk telah disediakan oleh pemilik perniagaan tersebut, sama ada didalam bentuk banner, teks iklan , emel dan sebagainya. Oleh itu anda hanya perlu memilih mana-mana tools yang bersesuaian dengan keadaan dan tempat. Jika anda mempunyai kebolehan untuk menulis, itu adalah satu kelebihan!

BAGAIMANA MEMBUKA AKAUN PAYPAL?

Saya bukanlah orang yang berkelayakan untuk mengajar anda bagaimana untuk membuka akaun PayPal ini. Walau bagaimana pun, ianya tidaklah sesukar mana. Saya ingin memperkenalkan kepada anda sebuah ebook yang menerangkan secara lengkap, langkah demi langkah, bagai mana untuk membuka akaun PayPal ini. Penerangan turut disertakan dengan gambar ‘screen shot’ yang menjadikannya lebih mudah untuk difahami. Ebook ini berjudul ‘Malaysia Pal’, ditulis oleh saudara Hafiz Latib, diberi secara percuma kepada pengunjung laman web beliau : MalaysiaPal.com.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s