My Komuniti..

Salam buat semua.Blog ini dibangunkan hasil daripada perkongsian maklumat dengan rakan-rakan di seluruh Malaysia dan juga luar negara.Ianya memaparkan tentang maklumat berkenaan usahawan internet,maklumat tentang komputer,perisian dan sebagainya.Apa yang dipaparkan juga merupakan pengalaman penulis sepanjang bergiat aktif dalam dunia internet bermula tahun 2005 sehingga sekarang.Anda juga dialu-alukan untuk menghantar artikel untuk tujuan rujukan sebagai maklumat terkini untuk tatapan semua.. terima kasih..

Bina Minisite dengan WordPress. Mac 25, 2010

Filed under: Uncategorized — myyunusasri @ 02:56

Di internet, terdapat pelbagai jenis konsep laman web. Antara yang paling popular ialah laman web yang berkonsepkan blog dan minisite. Dua jenis laman web ini boleh dikatakan laman web yang paling menguntungkan untuk tujuan pemasaran internet atau buat duit di internet.

Ribuan usahawan internet diseluruh dunia menggunakan medium blog dan minisite sebagai laman web pemasaran yang paling utama untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan mereka secara online.

Minisite telah diakui mempunyai kekuatan yang tersendiri dalam menarik perhatian bakal pembeli dalam memberikan respon terhadap perkara yang dipasarkan menerusi laman web minisite. Minisite lebih fokus kepada satu jenis tumpuan produk sahaja, berlainan pula dengan laman web berbentuk shopping cart yang menghidangkan pelawat dengan pelbagai jenis produk dalam satu masa.

Berkaitan dengan blog pula, perkataan WordPress memang begitu sinonim dengan blog. Berjuta-juta blog di internet masakini kebanyakannya boleh dikatakan menggunakan platform WordPress. Namun adakah penggunaan wordpress hanya terbatas kepada pembinaan blog semata-mata?

Kini WordPress bukan sekadar dibina untuk tujuan blogging. Ia boleh juga ditukarkan kepada sebuah laman web minisite. Apa yang diperlukan hanya sebuah template berbentuk minisite yang boleh diintegrasi bersama blog WordPress tersebut.

Kelebihan yang yang paling ketara pembinaan sebuah laman web minisite berbasiskan WordPress ialah kelebihan WordPress itu sendiri yang mesra SEO dan mampu untuk menarik trafik yang tinggi melalui enjin carian. Ini disebabkan WordPress mempunyai plugin-plugin yang boleh diinstall untuk tujuan peningkatan prestasi laman web minisite berbasiskan wordpress tersebut.

Selain daripada mesra SEO, mereka yang tidak mempunyai pengetahuan dalam HTML boleh mengambil peluang ini untuk membina laman web minisite mereka sendiri. Setup blog WordPress seperti biasa dan tukarkan template kepada template minisite. Kemudian, hanya sekadar menukar beberapa setting melalui WordPress, laman web minisite terbina seperti laman-laman web minisite professional yang lain.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s