My Komuniti..

Salam buat semua.Blog ini dibangunkan hasil daripada perkongsian maklumat dengan rakan-rakan di seluruh Malaysia dan juga luar negara.Ianya memaparkan tentang maklumat berkenaan usahawan internet,maklumat tentang komputer,perisian dan sebagainya.Apa yang dipaparkan juga merupakan pengalaman penulis sepanjang bergiat aktif dalam dunia internet bermula tahun 2005 sehingga sekarang.Anda juga dialu-alukan untuk menghantar artikel untuk tujuan rujukan sebagai maklumat terkini untuk tatapan semua.. terima kasih..

Affialate.Apa Yang Perlu Anda Tahu Tentangnya. Mac 24, 2010

Filed under: Uncategorized — myyunusasri @ 02:08

Sudah lama saya tidak menulis mengenai program affiliate. Pada kali ini, kita kembali kepada asas. Tanpa menguasai asas, amat sukar untuk berjaya meraih hasil yang memuaskan. Maka sebab itulah ramai yang “kecundang” gara-gara melakukan teknik yang ‘advance’, tapi yang asas dipinggirkan.

Cara saya dalam perniagaan amat mudah iaitu “keep it simple”. Setelah menguasai yang asas, maka kita akan tahu apa yang perlu dibuat, malah daripada yang asas itu pun kita akan mendapat pelbagai idea yang kreatif.

Saya dapati kebanyakan orang yang tidak ke mana hasil usahanya adalah kerana perkara yang mudah dikomplekskan. Yang asas atau yang mudah, diletakkan pelbagai syarat sebelum melakukannya. Permudahkanlah sesuatu dan kita akan senang melakukannya tanpa sebarang halangan yang terlampau banyak.

Apa Itu Program Affiliate?

Program affiliate bermaksud kita sebagai agen (orang tengah) akan mempromosikan produk pihak lain (usahawan atau syarikat) dan akan mendapat bayaran (komisen) jika ada orang membeli produk tersebut melalui link affiliate kita.

AGEN (link affiliate) > PEMBELI > LAMAN WEB = KOMISEN

Sedikit istilah yang perlu difahami:

Affiliate Marketer – Juga dipanggil sebagai affiliates atau agen.

Affiliate Manager – Pemilik program affiliate. Dikenali juga sebagai Merchant.

Link Affiliate – Link unik khas untuk setiap affiliate marketer.

Komisen – Jumlah bayaran terhadap setiap jualan yang berjaya dihasilkan.

Sistem Affiliate – Perisian Online yang akan mengesan/menjejak (track) setiap aktiviti yang tertentu seperti klik, rekod jumlah komisen dan lain-lain lagi.

Contoh link affiliate adalah seperti berikut:

http://www.kuasaforum.com/index.php?ref=smartzul

Bahagian akhir yang saya warnakan dengan warna merah iaitu ref=smartzul adalah ID pengenalan diri kita agar Sistem Affiliate dapat mengenalpasti sebarang aktiviti yang berlaku melalui promosi seperti jumlah klik pada link dan juga jumlah jualan yang telah berjaya dilakukan.

Tanpa ID ini, maka sistem akan gagal untuk mengesan dan merekod sebarang data untuk anda. Jadi pastikan link affiliate yang anda gunakan adalah betul. Setiap link affiliate adalah unik di mana setiap orang mempunyai ID yang berbeza. Contohnya:

Ali: http://www.kuasaforum.com/index.php?ref=smartzul

Ahmad: http://www.kuasaforum.com/index.php?ref=ahmad

Abu: http://www.kuasaforum.com/index.php?ref=abu

Ali, Ahmad dan Abu mempunyai link affiliate masing-masing. Jadi, barulah sistem affiliate dapat mengesan siapakah ‘punca’ yang telah menghasilkan jualan yang berlaku. Jika produk itu dibeli melalui link Abu, maka Abu lah yang berhak mendapat komisen tersebut. Begitulah sebaliknya…

Bagaimana Sistem Affiliate Berfungsi?

Aliran asasnya adalah begini:

Link Affiliate Agen > PEMBELI > Laman Web Jualan > Sistem Rekod Jumlah Komisen

Penerangan:

Pembeli akan klik pada link affiliate agen. Apabila pembeli melakukan pembelian produk yang dipromosikan itu, maka sistem akan merekod jumlah komisen yang berhak agen dapat.

Contohnya satu produk berharga RM50.00 dan komisennya pula ditawarkan sebanyak RM25.00 (50%) untuk satu jualan. Jadi, jika ada 3 orang yang membeli produk itu melalui link affiliate anda (agen), anda akan mendapat RM75.00. Maknanya di sini, anda akan mendapat upah/komisen, apabila anda berjaya menjual produk yang dipromosikan tersebut.

Anda tidak perlu faham secara teknikal bagaimana sistem affiliate berfungsi. Tidak mudah untuk memahaminya terutama yang tidak biasa dengan istilah teknikal. Cukuplah dahulu anda memahami bagaimana aliran prosesnya, apa yang perlu dan juga bagaimana caranya sistem dapat mengenal-pasti sesuatu link affiliate itu milik siapa iaitu melalui ID yang unik. Faham asas ini pun sudah memadai.

Sistem Affiliate banyak jenis di Internet. Ada yang simple dan ada yang kompleks. NAMUN, semuanya melakukan fungsi asas yang sama sahaja iaitu merekod aktiviti bagi setiap link affiliate agen seperti di mana link itu dipromosikan, jumlah klik pada link dan juga merekod komisen jualan jika ada pembelian produk melalui link tersebut.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s